Cari Blog Ini

Jumaat, 17 Jun 2011

Aku ingin sendiri

Alahai...berangannya aku ni, mana mungkinkan??? Tapi bila time2 penat n tensen tu...terfikir alangkah seronoknya kalau dapat aku pergi bercuti sendirian..berjalan2 shopping dan buat apa saja yang aku suka tanpa ada halangan...

Tapi..itulah lumrah dan hakikat, kena terima tu...dah ada anak ni terpaksalah bawa handbag ni kemana je aku pergi selagi belum boleh berdikari. Bila nak keluar kemana2..akulah yang terpaksa bersiap awal, semuanya nak kena fikir..pakaian kena bawa karang dorang makan comot, perlu ada baju tukar. susu dan makanan pun kena bawa, nnt dorang lapar..melolong melalak aku juga yang susah..nak kena pilih dan fikir mana yang sesuai, tempat mana nak pergi..balik siang ke malam..aduh, pening juga jadi ibu ya..!!!

Bila pergi kedai plk, nmpk je mainan..anak yg besar sikit tu mula jeling2, yg kecik plk pegang dan terus main..lagi satu masalah, suruh letak langsung x hendah..nak tak nak terpaksa juga korek duit..beli je. Anak2 ni pun satu hal..nak mende2 xde plk nak ngamuk ngan si bapanya..ibu ni juga yg tukang dengar, merengek, menjerit, merajuk dsbnya lah

Last2 dah pening, lupakanlah hajat aku nak shopping apa, jom baliklah...selalu sangat macam tu. Sebelum keluar rumah tu bukan main lagi pasang angan..macam2 terlintas kat kepala..kalau boleh ngan pasaraya tu skali nak bw balik tp alih2 aku balik ngan tangan kosong..huwaa....

Mr hubby...bilalah aku akan diberi cuti bergaji penuh, aku nak shopping sakan, nak enjoy sakan..tp sure ke aku akan gembira..??? hmmm..rasanya mungkin sehari je aku happy kot kerana tanpa anak2 apalah erti kehidupan aku ini, mereka lah harta yang aku ada didunia ini..walaupun aku penat, berserabut dan tensen dengan mereka tapi sebenarnya merekalah penghibur hatiku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan