Alahai...berangannya aku ni, mana mungkinkan??? Tapi bila time2 penat n tensen tu...terfikir alangkah seronoknya kalau dapat aku pergi bercuti sendirian..berjalan2 shopping dan buat apa saja yang aku suka tanpa ada halangan...
Tapi..itulah lumrah dan hakikat, kena terima tu...dah ada anak ni terpaksalah bawa handbag ni kemana je aku pergi selagi belum boleh berdikari. Bila nak keluar kemana2..akulah yang terpaksa bersiap awal, semuanya nak kena fikir..pakaian kena bawa karang dorang makan comot, perlu ada baju tukar. susu dan makanan pun kena bawa, nnt dorang lapar..melolong melalak aku juga yang susah..nak kena pilih dan fikir mana yang sesuai, tempat mana nak pergi..balik siang ke malam..aduh, pening juga jadi ibu ya..!!!
Bila pergi kedai plk, nmpk je mainan..anak yg besar sikit tu mula jeling2, yg kecik plk pegang dan terus main..lagi satu masalah, suruh letak langsung x hendah..nak tak nak terpaksa juga korek duit..beli je. Anak2 ni pun satu hal..nak mende2 xde plk nak ngamuk ngan si bapanya..ibu ni juga yg tukang dengar, merengek, menjerit, merajuk dsbnya lah
Last2 dah pening, lupakanlah hajat aku nak shopping apa, jom baliklah...selalu sangat macam tu. Sebelum keluar rumah tu bukan main lagi pasang angan..macam2 terlintas kat kepala..kalau boleh ngan pasaraya tu skali nak bw balik tp alih2 aku balik ngan tangan kosong..huwaa....
Mr hubby...bilalah aku akan diberi cuti bergaji penuh, aku nak shopping sakan, nak enjoy sakan..tp sure ke aku akan gembira..??? hmmm..rasanya mungkin sehari je aku happy kot kerana tanpa anak2 apalah erti kehidupan aku ini, mereka lah harta yang aku ada didunia ini..walaupun aku penat, berserabut dan tensen dengan mereka tapi sebenarnya merekalah penghibur hatiku..
Cari Blog Ini
Jumaat, 17 Jun 2011
Sabtu, 28 Mei 2011
UMRAH DAN ZIARAH
25/5/2011, Rabu petang..aku sekali lagi menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa. Entry kali ni bukannya aku yang nak mengerjakan umrah walaupun memang teringin sangat2 untuk ke sana..tapi kali ni aku menghantar emak n wan menaiki pesawat transit ke KLIA.
Adik beradik yang ada kat kg ni cuma ayh da, aku n abang aku kat setiu. Ayah Da memang xde mslh dari segi masa, dia dah ambil cuti tp aku ni..mr hubby kerja n anak pula ada exam kul 12.30 baru tamat. Semua yang lain plan nak bertolak awal, sblm zohor untuk mengelakkan kesesakan jalan. Mau x mau..terpaksa juga aku bertolak selepas zohor..settel semuanya aku smp ke airport jam 3.30 pm.
Orang xdelah ramai ngat, kebanyakkan saudara mara peserta2 yang nak berangkat bersama2 mak ngan wan ke Mekah. Menaiki penerbangan MAS pada 4.45pm.
Ku doakan semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa dan dapat mengerjakan ibadat umrah dengan sempurna. Selamat perjalanan mereka pergi dan balik.
Isnin, 23 Mei 2011
HALAL HARAM...
Salam pagi..
Alahai..tenggelam timbul cik sutera ni ya..tgk org lain berblog, teringin jgk tp malas nak buat n3. Eceli bkn mls tp masa yg x mengizinkan...bgn pagi2 layan ank2 nak ke sklh, pastu mr hubby plak nak g keje..dah settle yg tu..si tecik berdua yg tinggal kat rmh ni plk minta di layan. Guling2 sana sini mcm filem hindi tu..silap2 haribulan dgn sutera skali pun layan..diulit mimpi. Dah tu..siap kemas2 umah mana yg patut (bsh kain, jemur kain, lipat kain yg berbakul2 tu)kalau rajin masak..buat mende simple2 je..dah tghri, nak jemput yg kat sklh plak...mcm tu ler hari2. Tu kalau xde kelas ptg..kalau ada plk, tghri g hntr mknn n ptg baru jemput blk rumah. Sekolah xler jauh sgt tp bab2 melintas jalan yg seriau ngat..aduhhh, nengok kes2 xcident, kecut perut eehhh..xpelah susah pyh sket, mende blh elak kita elakkan..betul tak??? sediakan payung sblm hjn..beringat sblm kena..
Semalam, smbil2 ber'fb', terbacalah satu n3 pasal halal haram makanan yg kita mkn. Aduhhh...mslhnya produk tu teramat ler menjadi kesukaan sutera..'choc indulgence' n satu lg produk ayam goreng...hmmm, sutera ni bknnya jenis yg suka mkn kat kedai..kalau dpt buat lg best..puas hati, tp..naper la yg dibuat tu x menepati rasa mcm yg dibeli..apakah kerana bhn yg x halal tu menjadikannya sedap??? dari segi logiknya x mungkin..tapi wallahuaalam.
Agak2nya lepas ni apa lagi mknn yg menjadi kesukaan kita tiba2 dilabelkan tidak halal..macamana ler dgn amal ibadat yg kita buat, x nak ler ianya menjadi sia2..dah ler amalnya kurang, yg kurang tu plak sia2..huhuhu..
Apa2 pun...fikir2kan lah, jgn ambil mudah..mknan kita mkn akan menjadi drh daging kita..mende haram dlm bdn...nauzubillah. Ya Allah..jauhkanlah..
Rabu, 27 April 2011
SINGGAH BERTAMU...
Salam di petang hari...minggu ni dah hampir berakhir. Dah hampir sebulan ku tinggalkan kediaman di Pahang, rindu menjengah namun apa yg dapat ku lakukan..suasana baru perlu ku tempuhi, mencipta aura baru demi sebuah kebahagiaan.
Tempat baru, rumah baru, serba sedikit keperluan harian yg baru, suasana baru, jiran baru...segala2nya baru. Terlalu sukar untuk membentuk keselesaan dalam serba serbinya yg perlu digubah sedikit demi sedikit..namun aku terus mencuba sehingga kini.
Bermula di sini pada 24/3/2011..sekadar menjengah. Kehidupan sebenar bermula 27/3/2011..tepat 12mn aku tiba di sini, memasuki rumah tiada apa2 kelengkapan. Kepenatan melenyapkan segalanya..zzzz
Operasi cuci cuci bermula..nsb baik Cuci2 Group cuma dlm movie je..kalau tak sure berdering ofis dorang mohon service..hehe. Fuhh..lega, operasi selesai..sedap kaki nak berpijak :)
Rabu, 16 Februari 2011
Assalamualaikum..tup tap tup tap dah pertengahan bln 2, cpt betul masa berlalu. Rupanya dah sethn lbh aku x kerja wp sbnrnya d rmh lbh byk kerja dr office. Masa 24jam sehari terasa pendek ngat..mcm nak tmbh jdkan ia 25 @ 26jam je..boleh ke??
Cuti raya cina dah lepas, kenduri ayh su pun dah settle, posting abi pun dah diputuskan..yg tinggal adalah mslh kehidupan aku n mak yg x pernah settle. Bilalah agaknya ia akan berakhir..tempuhi hidup yg aman tanpa mslh. Aku syg mak dan aku jg syg keluarga juga kehidupan ku. Tersepit di tengah2 menybbkan aku lemas. Mak..anakmu ini mohon jutaan kemaafan, bkn niat mengingkari kehendakmu tp aku kini milik org..redhalah dgn apa yg tersurat untukku. Menangis airmata darah sekalipun tak bisa mengubah hukum Allah, moga keredhaan ku ini membentuk syurga untukmu jua. Aduhh..citer sedey plak.
Hari ni Ikmal dah berusia 5bln lbh, dah besar anak umi ni. Lps blk bercuti raya cina ari tu Ikmal dah pandai menyusur n berada dlm posisi nak merangkak. Cumanya asyik terbalik sbb x pandai lg nak atur gerak tgn n lutut..
Buat anak2ku, walau apa pun yg dikata org..umi bangga membesarkan kalian. Jadi lah anak yg soleh dan solehah buat umi..biarlah apapun terjadi umi tahu, tuhan akan membantu hambaNya yg sabar. Berapa byk derita yg umi tanggung..umi redha asalkan anak2 umi berjaya. buktikan pd mereka d luar sana yg usaha dan pengorbanan umi x sia2.
Ahad, 9 Januari 2011
PERTAMA KALI...2011
Assalamualaikum...
Apa agaknya nak dicoretkan di sini???
Sunyi rumah tanpa kakak...hari ni En. suami bawa kakak ke KL, tinggal lah aku bersama dgn si kecil ni yg kadang2 merengek dengan suara serak2 basah (batuk n selsema). Program masak memasak beralih waktu cz xde siapa nak mkn kalau ku masak skrg. Waktu yg terluang ni..hmm, ku gunakan utk jengah2 resipi2 menarik kat blog kwn2..
Lbh kurang 1/2 jam lg..utk pertama kalinya bg thn ni aku akan menjemput Irfan n Aiman blk dari sekolah..camne lah agaknya reaksi Ikmal duduk dlm 'car seat' buat kali pertama? InsyaAllah..moga dipermudahkan segala urusanku hari ini..
Cuaca kat luar pun mendung je..kesian anak2, baru masuk minggu ke2 persekolahan tp masing2 tak sihat berkaitan dengan perubahan cuaca..jap hujan jap panas
Langgan:
Catatan (Atom)